5 Card Draw
5 card draw adalah satu lagi variasi poker dimana ia boleh dimainkan sebanyak 8 orang maximum dan setiap pemain akan mendapat 5 kad tertutup kesemuanya. Sebelum kad dibahagikan 2 orang pemain yang duduk sebelah kiri dari dealer button haruslah menyumbangkan blind. Orang pertama yang duduk di sebelah dealer akan menyumbang blind kecil manakala di sebelah kirinya lagi akan menyumbang pada blind besar.
Setelah semua pemain menerima kad mereka, dua pusingan pertaruhan pertama kesemua pemain mempunyai 3 pilihan iaitu fold; (tutup kad, tidak main), call; iaitu teruskan permainan dengan bertaruh jumlah sama dengan big blind dan akhir sekali ialah raise; (membuat taruhan yang lebih tinggi).
Selepas semua pemain telah bertindak, mereka yang masih meneruskan permainan mempunyai peluang untuk memperbaiki kad di tangan mereka dengan menukar sebahagian ataupun kesemuanya sekali dan mendapat 5 kad yang baru. Jika pemain tidak mahu berbuat apa-apa dan menyimpan kesemua 5 kad tersebut pun boleh.
Kemudian disusuli dengan pertaruhan pusingan kedua, di ikuti dengan showdown dan pemain yang mempunyai kad yang terbaik akan menang dan mengambil kesemua pot. Belajar main 5 card draw amat mudah.
|
|
Asas |
|
|
Pangkat Kad |
|
|
Permulaan Kad |
|
|
Panduan Bermain |
