7 Card Stud

Setiap pemain akan diberi 7 kad sebanyak 5 kali pusingan pertaruhan dan mereka hendaklah membuat 5 kad tangan yang terbaik. Permainan dimulakan dengan penyumbangan ante dari setiap pemain.

Setiap pemain akan menerima dua kad tertutup dan satu kad dibuka dan boleh dilihat oleh semua orang. Pemain yang mempunyai pangkat kad yang terendah(kad terbuka) akan memulakan taruhan wajib yang perlu di lakukan yang di panggil 'bring-in'. Pemain di sebelahnya tidak boleh 'check'. Jika tiada bring-in maka, pertaruhan bermula dengan kad pangkat tertinggi, dimana dalam situasi ini pemain berikutnya boleh 'check'.

Kemudian anda akan mendapat:

  • kad ke-4 terbuka disusuli dengan pertaruhan (Fourth Street)
  • kad ke-5 terbuka disusuli dengan pertaruhan (Fifth Street)
  • kad ke-6 terbuka disusuli dengan pertaruhan (Sixth Street/Turn)

Dan akhir sekali anda akan mendapat kad ke-7(Seventh Street/River) ditutup dengan pertaruhan terakhir kemudiannya showdown. Di showdown, setiap pemain harus membentuk 5 kad yang terbaik mereka daripada 7 yang diberi.

Kesimpulannya permainan 7 card stud mengikut susunan adalah seperti berikut; 2 kad tutup, 4 kad buka dan 1 kad tutup.

contoh 7 card stud

Dapat anda meneka apakah kad di atas? Ia boleh jadi apa sahaja, dari hanya pair sehingga straight flush. Menarik kan?