Pengetahuan Asas

Terdapat banyak variasi poker dan kebanyakannya dimainkan mengunakan 52 dek kad. Poker melibatkan pertaruhan dalam setiap pusingan yang menyumbang kepada pot. Jumlah pertaruhan per pusingan dan kad yang dimain adalah bergantung pada jenis permainan poker yang anda main dan setiap pusingan akan ditamatkan sekiranya seri ataupun ada pemenangnya.

Terdapat dua jenis corak permainan yang terdapat di poker iaitu permainan tunai(ring games) dan pertandingan(tournaments). Ring games adalah permainan yang dihadkan pada satu meja. Pemain boleh datang duduk dan pergi sesuka hati. Manakala pertandingan pula, bergantung pada jenis yang disertai, boleh melebihi dari satu satu meja dan ramai pemain. Anda haruslah duduk bermain hingga habis, bertukar dari meja ke meja sehingga tiada chip untuk ditaruhkan lagi ataupun menjadi pemenang.


Bet

Mempertaruhkan chip ke dalam pot kerana yakin dengan kad tangan anda. Lebih banyak yang ditaruhkan maka lebih banyak risiko yang terpaksa di ambil oleh pemain lain.

Check

Jika tiada sesiapa yang bet ataupun raise dan masa anda untuk bertindak, anda boleh pilih untuk "Check" tanpa berbuat apa-apa. Jika pula ada, anda terpaksa "Call" untuk terus kekal dalam permainan. Pilihan lain anda boleh "Raise" atupun "Re-raise" jika orang lain dah membuat raise.

Raise

Menaikkan nilai taruhan yang dibuat sebelumnya. Bermakna pemain lain terpaksa "Call" jika ingin terus bermain ataupun "Fold".

Re-raise

Menaikkan nilai taruhan menjadi lebih tinggi lagi selepas pemain membuat raise jika anda yakin terhadap kad di tangan anda dan ingin menambah "Pot" ataupun cuma strategi semata-mata.

Call

Terus kekal dalam permainan dengan mengikuti bet yang dibuat sebelumnya oleh pemain lain.

Fold

Mebuat keputusan untuk tidak meneruskan permainan kerana akur pada kad yang dimiliki tidak bagus, tidak berbaloi untuk diteruskan.Tidak mahu mengambil bahagian pada pusingan tersebut dan menyumbang pada pot yang sedia ada.

Pot

Jumlah taruhan terkumpul yang disumbangkan oleh pemain-pemain.

Blinds

Blinds terbahagi pada dua, 'small blind' dan 'big blind'. Ia adalah jumlah duit atau chips yang perlu disumbangkan ke pot oleh seorang ataupun lebih dari satu pemain sebelum bermulanya tiap pusingan baru.Pemenang pusingan tersebut yang menang akan mengutip pot yang disumbang dari blind jika tiada yang ingin bermain pusingan tersebut. Sebelum kad dapat dibahagikan, pemain yang duduk sebelah kiri pada 'dealer button' harus menyumbang blind kecil dan pemain sebelah kiri blind kecil tadi menyumbang blind besar pada pot. Blind kecil adalah separuh nilai dari bet taruhan biasa manakala blind besar pula adalah taruhan penuh. Contohnya pada had permainan $2/$4, blind kecil adalah $1 dan blind besar adalah $2.

Ante

Ante adalah taruhan yang perlu disumbangkan sebelum bermulanya tiap pusingan jumlahnya kecil seperti 1/4 atau peratusan tertentu dari minimum bet. Biasanya ini dilihat dalam permainan seperti 5 Card Draw dan 7 Card Stud. Ia tidak ada dalam permainan seperti Hodem dan Omaha.

Fixed Limit

Dalam struktur taruhan permainan fixed limit, setiap pusingan hanya dibenarkan untuk sekali bet(bertaruh) dan 3 kali raise(naikkan nilai taruhan) paling maximum. Contohnya kita ambil permainan pada had $1/$2. Sewaktu dua pusingan pertama nilai had terendah($1) digunakan untuk memulakan pertaruhan dan had yang tertinggi($2) untuk dua pusingan berikutnya. Jumlah ini tertakluk juga pada raise bukan jumlah kesemua nilai taruhan dalam setiap pusingan. Maksudnya seorang pemain cuma boleh bertaruh $1, seorang lagi raise $1, dan seorang lagi re-raise $1 menjadikan jumlahnya $3.

Pot Limit

Pot limit adalah sama seperti fixed limit dimana sekali bet dan 3 kali raise dibenarkan dalam setiap pusingan pertaruhan. Raise terendah bergantung pada jumlah bet sebelumnya. Paling tinggi anda boleh raise adalah jumlah pot semasa dan tidak boleh lebih dari itu. Ini disebakan ia dinamakan pot limit. Jumlah keseluruhan taruhan adalah dikira berdasarkan, jumlah pot tambah jumlah bet sedia ada dan tambah jumlah taruhan yang terpaksa disahut oleh pemain lain.

No Limit

Tiada had sebanyak mana yang anda mahu raise asalkan ada pemain lain call ataupun re-raise anda. Jumlah maximum? Kesemua chips anda!

All-in

Mempertaruhkan kesemua chip anda dalam satu bet disebakan oleh anda yakin dengan kad tangan anda, ataupun tidak cukup chips untuk call, atau strategi semata-mata.