Omaha
Omaha juga adalah salah satu varisasi poker yang semakin popular. Cara bermainnya amat mudah dan hampir sama seperti Texas Holdem cuma perbezaannya adalah anda akan bermula dengan 4 kad . Ia adalah sejenis komuniti poker di mana beberapa kad di bentangkan di hadapan dealer dan boleh dilihat dan semua pemain akan berkongsi kad tersebut untuk membentuk 5 kad mereka yang terbaik. Apa yang membuatkan Omaha menarik? Terlalu senang untuk memperolehi pangkat kad yang tertinggi dalam hieraki.
Rujukan Permainan
Berikut adalah susunan permainanya. Jika anda tidak pasti apakah maksud definasinya boleh semak di Asas dan Panduan Bermain
- Blind bets
- Deal - Pemain akan diberi 4 kad
- Taruhan pusingan pertama
- Flop - 3 komuniti kad pertama di bahagikan di tengah meja
- Taruhan pusingan kedua
- Turn - Kad komuniti ke-4 dibentangkan.
- Taruhan pusingan ketiga
- River - Kad komuniti yang terakhir
- Taruhan pusingan terakhir
- Showdown
Dealer Button
Cakera kecil yang dipanggil "dealer button" adalah untuk mengenal pasti dealer dalam setiap pusingan. Ia akan bergerak mengikut arah jam dari seorang pemain ke pemain yang lain. Tujuannya adalah supaya semua orang kena menyumbang blind bet mengikut giliran.
Blind Bets
Pemain ynag duduk di sebelah kiri dealer button harus menyumbang "small blind" manakala pemain sebelah kirinya lagi harus menyumbangkan "big blind". Setelah kedua-dua blind dibuat barulah pusingan tersebut dapat dimulakan.
Taruhan Pusingan Pertama
Bermula dengan pemain sebelah kiri big blind, pemain tersebut mempunyai pilihan sama ada untuk bet, raise atau fold. Pemain yang selebihnya pula boleh call, raise ataupun fold. Jika pemain yan pertama tadi fold maka pemain di sebelahnya lagi mempunyai pilihan untuk bet dan lainnya boleh call jika mahu.
Taruhan Pusingan Kedua
Selepas 'Flop' dibentangkan taruhan pusingan kedua di mulakan. Pemain di sebelah kiri dealer button adalah orang pertama untuk bertindak untuk (check, bet, raise atau fold). Dengan membuat check anda boleh mengelakkan diri dari membuat taruhan jika pemain yang lebih dulu tiada membuat taruhan dan ia memberi "free card" pada pemain berikutnya.
Taruhan Pusingan Ketiga
Taruhan pusingan ketiga akan bermula selepas 'Turn' dibentangkan. Sepertri biasa pemain sebelah kiri dealer button akan bertindak. Setiap pemain yang tinggal boleh membuat check, call, bet, raise ataupun fold.
Taruhan Pusingan Terakhir
Ia merupakan fasa terakhir untuk membuat taruhan selepas 'River' dibentangkan. Seperti biasa juga pemain yang gilirannya dulu boleh (check, bet, raise atau fold) dan pemain lain juga harus membuat pilihan sama ada untuk (call, bet, raise atau fold). Pada tahap ini biasanya cuma tinggal beberapa orang pemain sahaja.
Showdown
Pemain-pemain yang masih bermain hingga ke akhir harus menunjukkan kad tangan mereka dan yang paling tinggi akan merangkul pot. Jika lebih dari satu pemain mempunyai kad yang sama maka pot akan dibahagikan sama rata di antara mereka.
|
|
Asas |
|
|
Pangkat Kad |
|
|
Permulaan Kad |
|
|
Panduan Bermain |
