Omaha Hi-Lo(omaha 8)
Omaha 8 adalah salah satu lagi variasi Omaha. Cara permainannya adalah sama seperti bermain Omaha Hi, perbezaanya adalah pada showdown. Ini kerana pot akan dibahagikan antara pemain yang mempunyai pangkat yang tertinggi dan yang paling rendah. Itupun jika pemain yang memegang pangkat kad terendah tersebut layak. Jika tidak, pusingan tersebut akan dimainkan sebagai Omaha Hi.
Untuk memenuhi kriteria kad pangkat terendah(low hand) anda harus mempunyai dan membentuk 5 kad tanpa pair dan antara 5 tersebut kad yang paling tinggi tidak boleh melebihi dari pangkat kad(no) 8. Untuk memenuhi syaratnya anda harus mempunyai 2 kad rendah di tangan dan 3 lagi di atas meja yang telah dibentangkan. Straight dan flush tidak di ambil kira pada low hand. Jangan keliru!
Contohnya:-
![]() |
| VS |
![]() |
Seperti yang anda lihat di atas dalam low hand, straight 3-4-5-6-7 tidak mengalahkan A-2-4-5-6, sebaliknya straight tersebut tadi boleh menjadi high jika pemain lain tiada mempunyai 5 kad yang lebih tinggi untuk mengalahkannya. Sememangnya A-2-4-5-6 yang memenangi low hand.
Kad pangkat terendah mengikut dari terbaik dan teruk adalah seperti berikut, A-2-3-4-5(the wheel) dan seterusnya A-2-3-4-6, A-2-3-5-6.........4-5-6-7-8.
Cuma seorang pemain juga mampu untuk sapu bersih pot jika dia mempunyai kad pangkat tertingi dan rendah dengan menggunakan set kad yang sama pada dirinya.
Belajar bermain Omaha Hi-Lo amat mudah sebenarnya sesudah anda bermain beberapa kali, tapi apa yang yang ingin saya tekankan di di sini ialah walaupun ia dimainkan sebagai Hi dan Lo, jangan terlampau obses untuk mengejar low. Melaui pengalaman saya, low hand kadang kala tidak berbaloi untuk di kejar.
|
|
Asas |
|
|
Pangkat Kad |
|
|
Permulaan Kad |
|
|
Panduan Bermain |


