Razz

Razz adalah satu lagi variasi stud poker menggunakan kad pangkat terendah dari ace sehingga nombor lima. Seperti permainan yang lain pair juga di ambil kira di dalam permainan. Akan tetapi dalam razz, pemain yang tiada mempunyai apa-apa pangkat dalam kad tangan mereka akan mengalahkan pemain yang mempunyai pair, two pair, three of a kind dan seterusnya.

Jika lebih dari satu pemain mempunyai kad pangkat tangan yang tidak ada pair, ia akan dibandingkan mengikut kad tangan yang tertinggi, seperti permainan yang lain dengan perbezaan kad pangkat tertinggi, kalah! Jika terdapat lebih dari satu pemain mempunyai pair, prinsipnya adalah sama iaitu pair yang terendah yang akan memenagi pusingan. Seperti kebanyakan permainan low yang lain straight dan flush di abaikan; tidak di ambil kira.

Objektif bermain Razz adalah untuk membentuk 5 card yang paling rendah di antara pemain lain dan anda akan memenangi pusingan tersebut. Dalam kata lain, buat kad yang paling teruk dari 7 kad yang diberi.

Cara permainannya adalah sama seperti bermain 7 card stud, perbezaanya adalah Razz adalah khas untuk bermain low. Permainan dimulakan dengan penyumbangan ante dari setiap pemain.

Setiap pemain akan menerima dua kad tertutup dan satu kad dibuka dan boleh dilihat oleh semua orang. Pemain yang mempunyai pangkat kad yang terendah(kad terbuka) akan memulakan taruhan wajib yang perlu di lakukan yang di panggil 'bring-in'.

Kemudian anda akan mendapat:

  • kad ke-4 terbuka disusuli dengan pertaruhan (Fourth Street)
  • kad ke-5 terbuka disusuli dengan pertaruhan (Fifth Street)
  • kad ke-6 terbuka disusuli dengan pertaruhan (Sixth Street/Turn)

Dan akhir sekali anda akan mendapat kad ke-7(Seventh Street/River) ditutup dengan pertaruhan terakhir kemudiannya showdown. Di showdown, setiap pemain harus membentuk 5 kad yang terbaik low mereka.

Kesimpulannya permainan Razz mengikut susunan adalah seperti berikut; 2 kad tutup, 4 kad buka dan 1 kad tutup.